SEMBUR...Para demonstran melarikan diri daripada terkena air semburan Polis. Dalam demontrasi siri ketiga membantah kenaikan harga minyak yang dianjurkan MTCU dengan kerjasama beberapa parti politik dan NGO pada Ahad, 26 Mac, sepuloh orang ditangkap. Unit berkuda polis juga digunakan dalam operasi berkenaan.[foto AP]
PENGURUSAN Malaysia Airline System (MAS) yang tidak sedar kepentingan memelihara kepentingan bangsa menjadi punca syarikat berkenaan tidak boleh keluar daripada kemelut kerugian sejak beberapa tahun lalu.
terkini ~ SEHINGGA berita ini ditulis, jumlah yang tercatat melebihi 600 pengunjung dan dijangka meningkat sehingga melebihi seribu pembaca dalam masa terdekat ini.
RALAT ~ TULISAN Buddhi Hekayat bertajuk “Bangsa lembu” (disiarkan sejak 14 Mac lalu) bukan cerpen; sepatutnya disiarkan di bawah ruangan “rencana.” Kekeliruan ini disebabkan tulisan berkenaan ada unsur-unsur dialog sepertimana lazimnya cerpen di surat khabar arus perdana. Sari Berita mohon maaf atas ketelanjuran ini.
AHLI-ahli Yang Berhormat seperti ketua dewan pemuda Pas, Salahuddin Ayub terus terkeliru dalam hal ini; dengan meletakkan tugas ‘membela’ Nabi lebih penting ketimbang usaha membebaskan media daripada cengkaman pemerintah utilitarian.
KATA-kata Couthard yang mewakili team Red Bull-Britain disambut dengan gelak ketawa para wartawan dan hadirin sebelum pengerusi majlis beberapa kali cuba untuk memintas.
OLEH Buddhi Hekayat ~ KISAH peniruan “ala-rasisme” dan perkauman daripada lembu itu; seperti kawin satu bangsa, atau sentiasa takut kepada “yang Lain” masih jelas selepas 5 kurun manusia bebas daripada wilayah langit memar...
PINDAAN undang-undang untuk menjamin kebebasan bersuara menyelamatkan seorang imam di Amerika Syarikat daripada dikenakan tuduhan menghasut dan membenci Rumah Putih.
PIHAK Singapura terkejut dengan langkah Malaysia yang tetap meneruskan pembinaan jambatan bengkok walaupun kedua negara masih dalam proses perbincangan.
PANDANGAN Abd Rahim Tamby Chik juga dibidas oleh Profesor Dr Aziz Bari apabila menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh menjadikan perkembangan teknologi maklumat sebagai alasan mengongkong media.
OLEH Hasmi Hashim ~ KONG Fu Tzu hidup jauh sebelum Nabi Muhammad; mahupun tibanya Nabi Isa yang membuka kiraan tahun Masehi dan ugama Kristian. Socrates baru berusia 9 tahun ketika Kong Fu Tze menghembus nafas akhirnya.